Cameron Highland

Tempat pertama yang saya pergi adalah Bharat Tea Plantation ataupun Cameron Tea Valley yang terletak di Tanah Rata.
Percaya atau tak, sebelum sampai ke sini kami tanya penjaga tandas di Tanah Rata mana satu lokasi yang patut kami pergi. Dia yang sarankan tempat ni dan memang tak menyesal!
Bila sampai ini lah pemandangan yang menyambut kedatangan kami . Punya la luas lautan pokok teh ni dan sungguh hijau, tenang saja mata memandang. Bayaran masuk adalah RM2 seorang.
Tangan tu jangan gatal nak petik daun teh kalau tak nak kena saman!
Tempat tinjau dan rehat ladang teh jika anda tidak mahu berjalan melalui laluan-laluan bertanah di antara pokok teh.
Restoran nya yang sentiasa penuh dengan pengunjung, dan di sini anda boleh menikmati makanan dan minuman berunsurkan teh yang unik yang tidak mungkin anda dapati di tempat lain.
Kedai cenderamata jika anda ingin membawa balik pelbagai jenis dan perisa teh untuk dijadikan cenderahati kepada keluarga dan kawan-kawan. Antara perisa yang terdapat di sini adalah oren, strawberi, lemon, dan blackcurrant.
Hentian seterusnya adalah Big Red Strawberry Farm yang terletak di bandar Brinchang. Banyak taman strawberi di sekitar Cameron Highland. Tempat ini dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang dan yang paling best tu anda boleh memetik sendiri strawberi yang anda ingin beli!
Pintu masuk ke taman sayuran. Sangat cantik dan meriah dengan pengunjung.
Anda bukan sahaja boleh melihat pokok strawberi tetapi juga sayur-sayuran organik yang ditanam secara hidrofonik.
Deretan pasu pokok strawberi dengan buah strawberi yang bergantungan.
Haaa! Ni yang best! Anda boleh memetik sendiri strawberi bagi yang dah lama berangan-angan tu.

Comments

Popular Posts