Universal Studio, Singapore
So, jom tengok gambar gambar kami di dalam Universal Studio Singapore.
Ini dah jadi trademark Universal Studio. Semua tempat ada Globe ni di hadapan pintu masuk.
Dengan lafaz Bismillah, jom masuk ke dalam.
Kami ke sini hari Rabu, so tak lah ramai sangat orang.
Masuk masuk aja US ni, dah terserlah roller coaster ni. Ia di sebelah kanan pintu masuk. Dan dekat sini juga terletak surau untuk bersolat.
And good news, di dalam USS ada Free Wi- Fi. Tapi tak kuat sangat yer signal nya. Kalau pakai Celcom, roaming aja. Hanya RM4.99 untuk Data Plan Roaming sehari.
Satu roller coaster kaki tergantung, lagi satu kita duduk atas kereta saja. Ternyata, yang kaki tergantung tu ( Cylon ) 3-4 kali lagi best berbanding yang warna merah tu (Human).
Yang Cylon siap ada 3 kali buat pusingan kepala ke bawah. Bila kaki kita tergantung, waktu dia pusing tu terasa macam kaki tercabut jer. Hehe...
Memang laju roller coaster ni.
Comments
Post a Comment